Followers Tersayang

Saturday 10 December 2011

Lawatan sambil belajar bersama Cik Jah, Cik Kiah & the gengs

Assalamualaikum :)


Hai,gigih Cik Jah update belog awal pagi ni. Almaklumlah, baru balik dari lawatan sambil belajar. Belajar lah sangat kan. Padahal cuci mata mamat hensem je!-__-"

Petang semalam, Cik Jah ikut rombongan budak kos Cik Kiah pergi Planetarium Negara sebab nak tengok gerhana bulan. Cik Jah memang muka tak malu, orang tak ajak pun masih terhegeh-hegeh nak ikut. Dah lah Cik Jah sorang je budak kos lain. Memang nampak sangat lah sape budak ni,tak kenal tapi terkedek-kedek ikut sekali dengan kami. Tapi untung lah dengan muka tak malu Cik Jah ni, dapat juga Cik Jah tengok gerhana bulan. Ha,korang ada tengok?

Gerhana bulan tu terjadi dalam pukul 10 lebih malam lebih kurang camtu lah. Siap ada countdown lagi. Macam nak sambut tahun baru je. Memang ramai sangat lah orang datang nak tengok gerhana bulan tu. Dari saiz baby sampai ke saiz atuk,nenek yang datang. Siap bawak segala teleskop, kamera besar gedabak tapi Cik Jah bawak beg duit untuk beli makanan je. Yang tu je yang Cik Jah mampu. Sob sob T_T



Meh-meh semua datang dekat, Cik Jah nak tunjuk gambar ni. Ni hasil tangkapan dari Cik Senah kawan Cik Jah. Sungguh cantik kan ciptaan Tuhan? Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah :)



Cik Kiah & Cik Jah :)


Cik Senah & Cik Kiah.
Sorry Cik Senah, Cik Jah amik gambar dari album Cik Senah. Hihihi ;p


Cik Kiah & the gengs-bakal ahli fizik semua ni! :D


notakaki: Nak upload banyak lagi gambar tapi semuanya ada dengan orang.
               Cik Jah, Cik Kiah & Cik Senah-bukan nama sebenar Hikhikhik:D

p/s; Terima kasih sangat-sangat pada kawan-kawan kos Fizik. Korang memang terbaik,peramah,comel, dan sudi berkawan dengan Cik Jah. Terharu!! :')


Ok lah,dah masuk subuh dah. Tapi Cik Jah tak tidur malam lagi.Alahai :'(



Monday 5 December 2011

Purple in the club,yauwwww!




Assalamualaikum :)


Purple,purple & purple again. Yes, it is a beautiful colour. Beautiful same as people in the picture. Hekkk:D
Introducing my friends to you, everyone. From the left, Cik Rin Ring- Cik Pah Pong Pong- Cik Mas
-Cik Beautiful (argggghhh!muntah -_-") & Cik Melati.


I love you, really really love all of you,my friends even you are not in the picture. Thank you very much because being such nice,lovely & kindly friends to me.:D




-True friends are hard to find, harder to leave & impossible to forget- :p



p/s: Maaf, ayat BI aku memang tunggang langgang. Maklumlah masa UPSR dulu, aku dapat B je.>_<"





Kata-kata keramat :)

Assalamualaikum :)

"BAHAGIA itu akan rasa bila kita TENANG menghadapi DUGAAN"

It is true! Kata-kata ini yang aku pegang selama sebulan ni. Yelah,sebulan selepas aku dengar ayat ni dari penceramah kat radio masa aku dalam perjalanan ke UPM. Tersentap beb! Memang betul-betul kena dengan diri aku. Selama ni, patut lah aku susah nak rasa bahagia. Aku jenis yang selalu merumitkan keadaan yang tak sepatutnya jadi rumit. Selalu berfikir benda yang mengarut & jenis yang cepat mengelabah bila sesuatu perkara buruk terjadi. Kawan-kawan pun selalu jadi mangsa keadaan. Sorry guys -_-"

Jadi,bila dengar kata-kata ni. Aku fikir aku patut pegang dengan kata-kata keramat ni dan cuba perlahan-lahan untuk berubah ke arah yang lebih baik sikit. Bukan lah nak kata aku ni budak jahat. Tak lah. Cuma nak menguruskan diri sendiri ketika menghadapi tekanan tu yang payah. Yelah,bukan semua manusia sempurna. Lebih-lebih aku yang jenis keras kepala dan perangai macam budak-budak. Bila dah down & moody, semua orang akan jadi mangsa. Memang susah lah nak bimbing diri sendiri tanpa bantuan orang lain. 



Ok. Tulisan aku memang buruk. Hurmm :(


Lepas ni,sape-sape cari lah satu kata-kata yang sesuai untuk diri korang. Taknak tulis besar gedabak macam yang aku buat ni, korang boleh je simpan dalam hati rapat-rapat dan pegang kata-kata keramat korang tu. Walau tak banyak mana kata-kata tu dapat membantu korang, sekurang-kurangnya kata-kata tu sedikit sebanyak memotivasikan diri korang. :)

Bukan sekadar kata-kata keramat untuk ketika tekanan je, untuk motivasi ketika belajar, untuk mencari jodoh pun boleh. Senang kata,untuk semua lah boleh. :)



p/s: Berdoa kepada Allah itu lagi penting sebab Dia sentiasa ada disisi kita. Kata-kata itu sebenarnya hanya sekadar huruf, pembantu sampingan untuk diri kita. Doa-Usaha-Istiqamah-Tawakal. InsyaAllah, kehidupan akan berjalan dengan lancar. :D



 

Wednesday 16 November 2011

Setiap kejadian itu,pasti ada hikmah.

Assalamualaikum :)

Hye. Bertemu lagi kita kat sini. :) Hohoho. Sekarang adalah masa untuk mengembirakan hati yang sebelum ni asyik kacau dan serabut. Bulan 10 dan 11 adalah bulan paling banyak aku dapat dugaan dan kesulitan. Kenapa?

1) Semua segala drama,movie melayu-korea-english dalam hardisk hilang dalam sekelip mata bila adik bongsu tersalah tekan 'format disk'!-_-"

2)Akibat nak recover semula fail dalam hardisk tu,hardisk laptop pulak yang rosak dan duit melayang
= Rm250~~fly away =.="

3)Natijah baiki laptop,sume gambar perjalanan hidup dari tahun 2010 & 2011 hilang dalam sekelip mata jugak tanpa simpanan lain kat celah mane-mane disk.(yang ni paling buat hati aku makin merundum macam mendung awam) -___-

4)Tesis aku-proposal banyak kali kena baiki dan pemahaman tentang tesis aku masih kabur, kabur, dan kabur.

5)Sekarang musim mid-term dan due date asiggnments yang perlu dihantar memang dah tinggal nyawa-nyawa ikan.Hampir sangat-sangat sampai aku rasa setiap 1/2 saat mewakili satu langkah aku bergerak. Kalau tak bergerak,memang tak cukup nafas.

Nombor enam, nombor tujuh, dan nombor yang seterusnya------>(makna bukan sedikit dugaan aku).


Tapi kesulitan dan dugaan ni yang buatkan aku makin tabah dan kuat. Sebab....
"Makin banyak dugaan dan kesulitan yang kita dapat, itu tandanya Allah sayangkan dan ingatkan kita" =')


Jangan mengeluh dengan kesusahan yang kita dapat. Fikir lah,kat luar sana ramai lagi masalah dan kesusahan yang mereka hadapi lebih besar dari kita. 

Ingat.Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah. Di sebalik hujan, pelangi sudah menanti. =)

Ok. Itu ayat pembakar semangat aku dan untuk semua yang tengah ada masalah,dilanda musibah dan seangkatan dengannya.


So everyone!!Cheer up!!


Monday 24 October 2011

Here we go- Cameron Highlands! :)

Assalamualaikum :)

Hehehehe..-gelak orang tak bersalah sebab dah lama tak update belog. Ingatkan belog dah baru, lebih rajin nak update tapi hampeh. Aci tak lepas ni, tak perlu nak taip-taip dah sebab aku rasa macam nak tampal-tampal gambar je. Dari gambar terus melekat ke hati-bak kata aku. Aaaauuuwww :)

Hujung minggu lepas,tak lah lepas sangat. 21/10/2011-23/10/2011, aku ada kerja lapangan kat Cameron Highlands. Kelassssssssss ko makngah! Korang ada? Yoooo aje kan,bukan buat kat oversea pun tapi biarlah, aku teruja sebab nie kali pertama aku datang C.H nie. ^_^

Nah,aku tampal gambar aku bersama satu-satunya coursemate a.k.a kawan baik aku. Harap sape-sape yang terjah belog aku,enjoy dengan gambar-gambar kat bawah nie. =)
Berlagak model. Hehhhh :D


 Kepala kecil kami vs sayur besar.


 Pendek vs Tinggi



 Bunga orkid cantik macam kami! Ok. Perasan =.="



 Tak berbau pun bunga ni ;(



 Lupa nak perkenalkan. Dia ialah Cik Rin Ring-identiti sebenar tidak boleh didedahkan :D



 Kau dan aku bertemakan merah. Merah itu menawan yauww!



 Tak tau nak describe apa kat gambar ni -_-



 Haha. Harap-harap makcik ni tak marah aku upload gambar ni. Cahaya keimanan tue :p



 Terima kasih pada photographer sukarela yang susah-susah ikhlaskan hati tolong snap gambar untuk kami.
Kalau jumpa lagi,aku kasi lolipop strawberi yang tak habis lagi tu~ngeeeee ;p


 Gambar terakhir. Saje upload gambar ni sebab aku takut tengok pada mata sendiri. Rasa kat alis bawah, aku tak pakai celak tapi camne boleh jadi sampai gelap camtu? Kesan dari kamera? Kesan dari tak cuci habis celak semalam? @ memang mata aku original camtu?

Jawapan terpulang kepada anda.


Notakaki: Kerja lapangan nie ialah untuk subjek pilihan bebas. Sebab tu ada gambar aku dengan Cik Rin Ring ni je. Coursemates yang lain-lain tak pilih subjek nie, jadi lepas nie jangan tanya dah kenapa muka aku dengan Cik Rin Ring je yang ada. Ok? :)

P/s: Happy Deepavali for all indian friends! =)


Friday 30 September 2011

Happy Graduation's Day to you ♥

 Tahniah kakak sebab dah pegang segulung ijazah!
Moga kakak cepat-cepat dapat kerja, gaji yang banyak untuk kesenangan hidup saya. Hehh:D
Maaf sebab datang lambat masa hari konvo hari tu. Tak tersengaja sebab ingatkan majlis habis lambat.:(
Doakan saya dapat pegang segulung ijazah macam kakak juga :)


 Tahniah!


 Mereka yang sentiasa di sisi ketika susah dan senang, pendengar, penasihat yang setia.
♥Love you both from bottom of my heart♥


 Selamat Hari Graduasi kakak!



 Kawan baik dan kakak ^_^



 Kawan baik a.k.a jiran bilik depan~ngeh3x :D



p/s: Kakak, bila mahu datang U untuk ambil hadiah tertinggal? Kalau tak nak, boleh bagi kat orang lain. Hehehe ;p









Tuesday 20 September 2011

Rindu T_T

Sangat-sangat rindukan keluarga saat ni. ;(
Rasa keseorangan.
Really, really down !
Bad mood at all. (-_-)

Wednesday 7 September 2011

with you,you & you in purple ♥




♥ My drugs ♥



 
 We are happy together =)




 ♥ 1,2,3 love ♥



♥ Always be a good girl, sisters ♥



♥ Something says holding is what makes you 'STRONG' ♥
♥ But something takes much more than strength to just 'LET IT GO' and 'MOVE ON' ♥




By the way, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN! :D




notakaki: Sometimes, the pictures can say more than words.
             So, gambar kena tampal besar-besar. Hehhh,padahal malas nak tulis ;p

Thursday 25 August 2011

Posmen datang!Posmen datang!

Dulu kan masa zaman sekolah-tinggal kat asrama, bila nak dekat raya mula berlumba-lumba dengan kawan-kawan, junior, senior bagi kad raya sesama sendiri. Seronok! Dah lah macam-macam ragam bentuk ,ucapan,alamat kat sampul yang kelakar kad raya yang dapat. Ada yang bentuk cam beg sekolah, ketupat tambah dengan kartun-kartun yang comel, ada yang bagi kad raya beserta alamat sekali biarpun tinggal dalam dorm yang sama! Seronok! Memang seronok! Tapi yang paling kelakar alamat rumah lah. Siap ada yang tulis alamat Hospital Tanjung Rambutan.Hihihihi ^_^


Dulu duk asrama dari Form 1 sampai Form 5, so kalau kumpul kad raya yang dapat memang penuh 1 kotak lah. Sampai sekarang pun masih simpan lagi. Tapi sekarang nak dapat 1 kad pun susah. Sekarang orang tak hantar dah kad raya. Bila dunia semakin canggih, kad raya pun lebih maju. Hurmm-_-" Semua dah hantar melalui FB-tag2 kat gambar @ guna application kat FB. Yang paling cepat, dari pesanan ringkas-sms.


Yelah kan, sape yang nak guna kad raya dah. Semuanya pakai duit. Kad raya pun takde dah 60 sen sekeping, setem pun tak guna dah yang harga 20 sen,30 sen. Sekarang kalau kad raya, setem kena yang 50 sen punya. Kalau tak memang takkan sampai lah kad raya. Paling malas kena hantar dekat pejabat pos dulu. Kalau pejabat pos dekat dengan rumah takpelah jugak tapi kalau berpuluh kilometer,berpeluh 1 badan semata-mata nak pos kad raya je.


Tapi kad raya sebenarnya membina seribu kenangan. Cuba kalau kita hantar ucapan melalui FB atau sms, lama-lama kita delete jugak kan. Habis je bulan syawal, takde dah sume tu. Nak simpan camne kan, sumenya melalui elektronik tapi kalau kad raya, selagi kita nak simpan selagi tue tetap ada. Kadang-kadang bila bukak semula kad raya yang lama-lama, memang mengimbas kembali kenangan dulu-dulu. Kenangan itu kan satu kemanisan. Sampai bila-bila tetap dalam hati!




Kad raya untuk sayang-sayang :)


Nah. Sorang satu dari saya. Maaflah bagi yang tak dapat. Beli sikit je tahun ni. InsyaAllah, tahun hadapan kalau umur masih panjang dan ada rezeki lebih, setiap orang yang sayang saya, saya akan bagi.
Ok! cepat mengaku sayang saya kalau nak dapat kad raya. Heeee ^^



notakaki: Tajuk entri cam tak sesuai je dengan cerita. Takpelah, abaikan. Ngeee;p

Tuesday 23 August 2011

Chef Syuhada ♥

Salam Ramadhan yang ke-24 hari!

Dah nak hampir bulan syawal dah kan. Syukur pada Illahi, sampai sekarang kita masih bernafas dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Alhamdulillah. Syukur juga kerana kita dilimpahi kesenangan dan kemudahan sehingga kita masih dapat menyambut perayaan dengan gembira :)

Ok. Bila dah nak sampai penghujung ramadhan, masing-masing dah sibuk salin langsir baru, sampul kusyen baru, perabot baru, cat rumah baru. Kalau boleh semuanya nak baru lah kan tapi cukuplah kalau kita hanya bersederhana. Itu lebih baik! :) Tapi yang pasti, biskut raya wajib kena buat setiap tahun! Hehehe...






Biskut Aiskrim-yummy!

Jeng3x..ni biskut raya pertama dari Chef Syuhada. Oh, chef giteuuwww! Nampak cam buruk sikit kan biskut nie tapi rasanya memang best!! Kalau tak caya, cuba datang beraya kat rumah dan rasa biskut nie. Rugi wooaa kalau tak rasa. (Hakhak,mempromosikan kuih ciptaan diri sendiri);p

Kat atas batang aiskrim tu nampak cair kan,meleleh je. Tue icing tapi sebab letak putih telur banyak maka icing jadi cair meleleh camtu. Sob..sob..sob.. Takpe,lepas nie berusaha lebih yakin dan buat muka comel untuk menjadikan icing lebih nampak menggoda selera.Hohoho ^__^


Biskut nie je yang sempat dibuat semalam. Biasalah, orang dah bekerjaya nie-pagi sampai petang kerja, malam jelah yang free. Tak sempat nak buat 2,3 jenis biskut dalam satu masa.-_-"


notakaki: malam nie nak buat biskut apa plak ye?heeee:D

Saturday 20 August 2011

Motivasi untuk diri sendiri (",)


Kita tak sedar,orang yang kita tak peduli sayang gila dekat kita.

Kadang-kadang kita tak sedar,kita terlampau sayang dekat orang

sedangkan dia lah yang selalu menyakiti hati kita.

Dan kita tak pernah sedar,kita bukannya sempurna

untuk menempatkan orang-orang yang sangat sempurna dalam hidup kita.

Dan kadang-kadang kita tak sedar,kita bukan siapa siapa,

untuk buat orang sayang kita macam kita sayang dia.

Sebab kita hanyalah manusia biasa.


*Taking from Tumblr kakak Puteri Joyah Senandung






Welcome!


Ni belog saya yang baru. Belog lama ditutup atas sebab tertentu. Heeee:D
kspunyabelog.blogspot.com
K-Kasih
S- Syuhada 
Kasih pada hati dan diri sendri.
Kasih pada keluarga.
Kasih pada kawan-kawan.
Kasih pada setiap yang berlaku dalam hidup setiap hari.
Yang paling penting kasih pada Allah Yang Satu.
Itu pasti.
Semua itu akan dicoretkan di sini. InsyaAllah ^__^


Salam Kasih,
Syuhada (",)