Followers Tersayang

Thursday 25 August 2011

Posmen datang!Posmen datang!

Dulu kan masa zaman sekolah-tinggal kat asrama, bila nak dekat raya mula berlumba-lumba dengan kawan-kawan, junior, senior bagi kad raya sesama sendiri. Seronok! Dah lah macam-macam ragam bentuk ,ucapan,alamat kat sampul yang kelakar kad raya yang dapat. Ada yang bentuk cam beg sekolah, ketupat tambah dengan kartun-kartun yang comel, ada yang bagi kad raya beserta alamat sekali biarpun tinggal dalam dorm yang sama! Seronok! Memang seronok! Tapi yang paling kelakar alamat rumah lah. Siap ada yang tulis alamat Hospital Tanjung Rambutan.Hihihihi ^_^


Dulu duk asrama dari Form 1 sampai Form 5, so kalau kumpul kad raya yang dapat memang penuh 1 kotak lah. Sampai sekarang pun masih simpan lagi. Tapi sekarang nak dapat 1 kad pun susah. Sekarang orang tak hantar dah kad raya. Bila dunia semakin canggih, kad raya pun lebih maju. Hurmm-_-" Semua dah hantar melalui FB-tag2 kat gambar @ guna application kat FB. Yang paling cepat, dari pesanan ringkas-sms.


Yelah kan, sape yang nak guna kad raya dah. Semuanya pakai duit. Kad raya pun takde dah 60 sen sekeping, setem pun tak guna dah yang harga 20 sen,30 sen. Sekarang kalau kad raya, setem kena yang 50 sen punya. Kalau tak memang takkan sampai lah kad raya. Paling malas kena hantar dekat pejabat pos dulu. Kalau pejabat pos dekat dengan rumah takpelah jugak tapi kalau berpuluh kilometer,berpeluh 1 badan semata-mata nak pos kad raya je.


Tapi kad raya sebenarnya membina seribu kenangan. Cuba kalau kita hantar ucapan melalui FB atau sms, lama-lama kita delete jugak kan. Habis je bulan syawal, takde dah sume tu. Nak simpan camne kan, sumenya melalui elektronik tapi kalau kad raya, selagi kita nak simpan selagi tue tetap ada. Kadang-kadang bila bukak semula kad raya yang lama-lama, memang mengimbas kembali kenangan dulu-dulu. Kenangan itu kan satu kemanisan. Sampai bila-bila tetap dalam hati!




Kad raya untuk sayang-sayang :)


Nah. Sorang satu dari saya. Maaflah bagi yang tak dapat. Beli sikit je tahun ni. InsyaAllah, tahun hadapan kalau umur masih panjang dan ada rezeki lebih, setiap orang yang sayang saya, saya akan bagi.
Ok! cepat mengaku sayang saya kalau nak dapat kad raya. Heeee ^^



notakaki: Tajuk entri cam tak sesuai je dengan cerita. Takpelah, abaikan. Ngeee;p

Tuesday 23 August 2011

Chef Syuhada ♥

Salam Ramadhan yang ke-24 hari!

Dah nak hampir bulan syawal dah kan. Syukur pada Illahi, sampai sekarang kita masih bernafas dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Alhamdulillah. Syukur juga kerana kita dilimpahi kesenangan dan kemudahan sehingga kita masih dapat menyambut perayaan dengan gembira :)

Ok. Bila dah nak sampai penghujung ramadhan, masing-masing dah sibuk salin langsir baru, sampul kusyen baru, perabot baru, cat rumah baru. Kalau boleh semuanya nak baru lah kan tapi cukuplah kalau kita hanya bersederhana. Itu lebih baik! :) Tapi yang pasti, biskut raya wajib kena buat setiap tahun! Hehehe...






Biskut Aiskrim-yummy!

Jeng3x..ni biskut raya pertama dari Chef Syuhada. Oh, chef giteuuwww! Nampak cam buruk sikit kan biskut nie tapi rasanya memang best!! Kalau tak caya, cuba datang beraya kat rumah dan rasa biskut nie. Rugi wooaa kalau tak rasa. (Hakhak,mempromosikan kuih ciptaan diri sendiri);p

Kat atas batang aiskrim tu nampak cair kan,meleleh je. Tue icing tapi sebab letak putih telur banyak maka icing jadi cair meleleh camtu. Sob..sob..sob.. Takpe,lepas nie berusaha lebih yakin dan buat muka comel untuk menjadikan icing lebih nampak menggoda selera.Hohoho ^__^


Biskut nie je yang sempat dibuat semalam. Biasalah, orang dah bekerjaya nie-pagi sampai petang kerja, malam jelah yang free. Tak sempat nak buat 2,3 jenis biskut dalam satu masa.-_-"


notakaki: malam nie nak buat biskut apa plak ye?heeee:D

Saturday 20 August 2011

Motivasi untuk diri sendiri (",)


Kita tak sedar,orang yang kita tak peduli sayang gila dekat kita.

Kadang-kadang kita tak sedar,kita terlampau sayang dekat orang

sedangkan dia lah yang selalu menyakiti hati kita.

Dan kita tak pernah sedar,kita bukannya sempurna

untuk menempatkan orang-orang yang sangat sempurna dalam hidup kita.

Dan kadang-kadang kita tak sedar,kita bukan siapa siapa,

untuk buat orang sayang kita macam kita sayang dia.

Sebab kita hanyalah manusia biasa.


*Taking from Tumblr kakak Puteri Joyah Senandung






Welcome!


Ni belog saya yang baru. Belog lama ditutup atas sebab tertentu. Heeee:D
kspunyabelog.blogspot.com
K-Kasih
S- Syuhada 
Kasih pada hati dan diri sendri.
Kasih pada keluarga.
Kasih pada kawan-kawan.
Kasih pada setiap yang berlaku dalam hidup setiap hari.
Yang paling penting kasih pada Allah Yang Satu.
Itu pasti.
Semua itu akan dicoretkan di sini. InsyaAllah ^__^


Salam Kasih,
Syuhada (",)