Followers Tersayang

Saturday 10 December 2011

Lawatan sambil belajar bersama Cik Jah, Cik Kiah & the gengs

Assalamualaikum :)


Hai,gigih Cik Jah update belog awal pagi ni. Almaklumlah, baru balik dari lawatan sambil belajar. Belajar lah sangat kan. Padahal cuci mata mamat hensem je!-__-"

Petang semalam, Cik Jah ikut rombongan budak kos Cik Kiah pergi Planetarium Negara sebab nak tengok gerhana bulan. Cik Jah memang muka tak malu, orang tak ajak pun masih terhegeh-hegeh nak ikut. Dah lah Cik Jah sorang je budak kos lain. Memang nampak sangat lah sape budak ni,tak kenal tapi terkedek-kedek ikut sekali dengan kami. Tapi untung lah dengan muka tak malu Cik Jah ni, dapat juga Cik Jah tengok gerhana bulan. Ha,korang ada tengok?

Gerhana bulan tu terjadi dalam pukul 10 lebih malam lebih kurang camtu lah. Siap ada countdown lagi. Macam nak sambut tahun baru je. Memang ramai sangat lah orang datang nak tengok gerhana bulan tu. Dari saiz baby sampai ke saiz atuk,nenek yang datang. Siap bawak segala teleskop, kamera besar gedabak tapi Cik Jah bawak beg duit untuk beli makanan je. Yang tu je yang Cik Jah mampu. Sob sob T_T



Meh-meh semua datang dekat, Cik Jah nak tunjuk gambar ni. Ni hasil tangkapan dari Cik Senah kawan Cik Jah. Sungguh cantik kan ciptaan Tuhan? Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah :)



Cik Kiah & Cik Jah :)


Cik Senah & Cik Kiah.
Sorry Cik Senah, Cik Jah amik gambar dari album Cik Senah. Hihihi ;p


Cik Kiah & the gengs-bakal ahli fizik semua ni! :D


notakaki: Nak upload banyak lagi gambar tapi semuanya ada dengan orang.
               Cik Jah, Cik Kiah & Cik Senah-bukan nama sebenar Hikhikhik:D

p/s; Terima kasih sangat-sangat pada kawan-kawan kos Fizik. Korang memang terbaik,peramah,comel, dan sudi berkawan dengan Cik Jah. Terharu!! :')


Ok lah,dah masuk subuh dah. Tapi Cik Jah tak tidur malam lagi.Alahai :'(



Monday 5 December 2011

Purple in the club,yauwwww!




Assalamualaikum :)


Purple,purple & purple again. Yes, it is a beautiful colour. Beautiful same as people in the picture. Hekkk:D
Introducing my friends to you, everyone. From the left, Cik Rin Ring- Cik Pah Pong Pong- Cik Mas
-Cik Beautiful (argggghhh!muntah -_-") & Cik Melati.


I love you, really really love all of you,my friends even you are not in the picture. Thank you very much because being such nice,lovely & kindly friends to me.:D




-True friends are hard to find, harder to leave & impossible to forget- :p



p/s: Maaf, ayat BI aku memang tunggang langgang. Maklumlah masa UPSR dulu, aku dapat B je.>_<"





Kata-kata keramat :)

Assalamualaikum :)

"BAHAGIA itu akan rasa bila kita TENANG menghadapi DUGAAN"

It is true! Kata-kata ini yang aku pegang selama sebulan ni. Yelah,sebulan selepas aku dengar ayat ni dari penceramah kat radio masa aku dalam perjalanan ke UPM. Tersentap beb! Memang betul-betul kena dengan diri aku. Selama ni, patut lah aku susah nak rasa bahagia. Aku jenis yang selalu merumitkan keadaan yang tak sepatutnya jadi rumit. Selalu berfikir benda yang mengarut & jenis yang cepat mengelabah bila sesuatu perkara buruk terjadi. Kawan-kawan pun selalu jadi mangsa keadaan. Sorry guys -_-"

Jadi,bila dengar kata-kata ni. Aku fikir aku patut pegang dengan kata-kata keramat ni dan cuba perlahan-lahan untuk berubah ke arah yang lebih baik sikit. Bukan lah nak kata aku ni budak jahat. Tak lah. Cuma nak menguruskan diri sendiri ketika menghadapi tekanan tu yang payah. Yelah,bukan semua manusia sempurna. Lebih-lebih aku yang jenis keras kepala dan perangai macam budak-budak. Bila dah down & moody, semua orang akan jadi mangsa. Memang susah lah nak bimbing diri sendiri tanpa bantuan orang lain. 



Ok. Tulisan aku memang buruk. Hurmm :(


Lepas ni,sape-sape cari lah satu kata-kata yang sesuai untuk diri korang. Taknak tulis besar gedabak macam yang aku buat ni, korang boleh je simpan dalam hati rapat-rapat dan pegang kata-kata keramat korang tu. Walau tak banyak mana kata-kata tu dapat membantu korang, sekurang-kurangnya kata-kata tu sedikit sebanyak memotivasikan diri korang. :)

Bukan sekadar kata-kata keramat untuk ketika tekanan je, untuk motivasi ketika belajar, untuk mencari jodoh pun boleh. Senang kata,untuk semua lah boleh. :)



p/s: Berdoa kepada Allah itu lagi penting sebab Dia sentiasa ada disisi kita. Kata-kata itu sebenarnya hanya sekadar huruf, pembantu sampingan untuk diri kita. Doa-Usaha-Istiqamah-Tawakal. InsyaAllah, kehidupan akan berjalan dengan lancar. :D