Followers Tersayang

Monday 5 December 2011

Kata-kata keramat :)

Assalamualaikum :)

"BAHAGIA itu akan rasa bila kita TENANG menghadapi DUGAAN"

It is true! Kata-kata ini yang aku pegang selama sebulan ni. Yelah,sebulan selepas aku dengar ayat ni dari penceramah kat radio masa aku dalam perjalanan ke UPM. Tersentap beb! Memang betul-betul kena dengan diri aku. Selama ni, patut lah aku susah nak rasa bahagia. Aku jenis yang selalu merumitkan keadaan yang tak sepatutnya jadi rumit. Selalu berfikir benda yang mengarut & jenis yang cepat mengelabah bila sesuatu perkara buruk terjadi. Kawan-kawan pun selalu jadi mangsa keadaan. Sorry guys -_-"

Jadi,bila dengar kata-kata ni. Aku fikir aku patut pegang dengan kata-kata keramat ni dan cuba perlahan-lahan untuk berubah ke arah yang lebih baik sikit. Bukan lah nak kata aku ni budak jahat. Tak lah. Cuma nak menguruskan diri sendiri ketika menghadapi tekanan tu yang payah. Yelah,bukan semua manusia sempurna. Lebih-lebih aku yang jenis keras kepala dan perangai macam budak-budak. Bila dah down & moody, semua orang akan jadi mangsa. Memang susah lah nak bimbing diri sendiri tanpa bantuan orang lain. 



Ok. Tulisan aku memang buruk. Hurmm :(


Lepas ni,sape-sape cari lah satu kata-kata yang sesuai untuk diri korang. Taknak tulis besar gedabak macam yang aku buat ni, korang boleh je simpan dalam hati rapat-rapat dan pegang kata-kata keramat korang tu. Walau tak banyak mana kata-kata tu dapat membantu korang, sekurang-kurangnya kata-kata tu sedikit sebanyak memotivasikan diri korang. :)

Bukan sekadar kata-kata keramat untuk ketika tekanan je, untuk motivasi ketika belajar, untuk mencari jodoh pun boleh. Senang kata,untuk semua lah boleh. :)



p/s: Berdoa kepada Allah itu lagi penting sebab Dia sentiasa ada disisi kita. Kata-kata itu sebenarnya hanya sekadar huruf, pembantu sampingan untuk diri kita. Doa-Usaha-Istiqamah-Tawakal. InsyaAllah, kehidupan akan berjalan dengan lancar. :D



 

No comments: