Followers Tersayang

Tuesday 23 August 2011

Chef Syuhada ♥

Salam Ramadhan yang ke-24 hari!

Dah nak hampir bulan syawal dah kan. Syukur pada Illahi, sampai sekarang kita masih bernafas dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Alhamdulillah. Syukur juga kerana kita dilimpahi kesenangan dan kemudahan sehingga kita masih dapat menyambut perayaan dengan gembira :)

Ok. Bila dah nak sampai penghujung ramadhan, masing-masing dah sibuk salin langsir baru, sampul kusyen baru, perabot baru, cat rumah baru. Kalau boleh semuanya nak baru lah kan tapi cukuplah kalau kita hanya bersederhana. Itu lebih baik! :) Tapi yang pasti, biskut raya wajib kena buat setiap tahun! Hehehe...






Biskut Aiskrim-yummy!

Jeng3x..ni biskut raya pertama dari Chef Syuhada. Oh, chef giteuuwww! Nampak cam buruk sikit kan biskut nie tapi rasanya memang best!! Kalau tak caya, cuba datang beraya kat rumah dan rasa biskut nie. Rugi wooaa kalau tak rasa. (Hakhak,mempromosikan kuih ciptaan diri sendiri);p

Kat atas batang aiskrim tu nampak cair kan,meleleh je. Tue icing tapi sebab letak putih telur banyak maka icing jadi cair meleleh camtu. Sob..sob..sob.. Takpe,lepas nie berusaha lebih yakin dan buat muka comel untuk menjadikan icing lebih nampak menggoda selera.Hohoho ^__^


Biskut nie je yang sempat dibuat semalam. Biasalah, orang dah bekerjaya nie-pagi sampai petang kerja, malam jelah yang free. Tak sempat nak buat 2,3 jenis biskut dalam satu masa.-_-"


notakaki: malam nie nak buat biskut apa plak ye?heeee:D

No comments: