Followers Tersayang

Tuesday 13 March 2012

Ceria bersamamu,Cameron Highlands!

Assalamualaikum :)

Hai hai hai =) Heeee,belog ni macam tak wujud je kan. Malas betul nak update entri, kita tak serajin blogger-blogger lain. Wuwuwuwuwu. Boleh tak lepas ni kita nak tampal gambar-gambar je, malas dah nak taip-taip. Kan best kalau perkataan muncul sendiri kat papan skrin laptop bila dengar suara kita. Haiyoo,pemalas betul kan kita. Kita memang pemalas.....:(

Lokasi rombongan: Cameron Highlands
Tarikh rombongan: 3&4 Mac 2012
Ahli-ahli rombongan: 4 orang gadis kos Fizik bersama 1 orang perempuan sesat kos lain (saya)
 -__-"

Nah, kita pergi lagi Cameron Highlands lagi untuk kali kedua yang tak sampai 6 bulan jarak pergi yang kali pertama. Dulu rombongan bersama pensyarah. Kali ni rombongan bersama kawan-kawan plak. Hey,lebih kurang sama macam cerita Vanilla Coklat kan?kan? Sama bila Zara cakap tak sampai 2 bulan dia jejak kaki kat Cameron Highlands, kali ni dia datang lagi. (Rujuk episod 8) ^^"




 1. Eh,yang ini kita tak ingat nama tempat. Rasanya Rose Valley. Maaf, tak boleh jadi pemandu pelancong sebab kita jenis mudah lupa. -__-" Mata sorang-sorang masih bengkak lagi sebab baru bangun tidur.Hehe




 2. Ini kat Cameron Valley Tea kalau tak salah saya lagi. Sorry, my bad.=(




 3. S'Corner Kea Farm




 4. Strawberry Moment. Heee..kat sini kami makan aiskrim di kala kat luar tengah hujan lebat, bersama cuaca sejuk Cameron Highlands. Memang indah. Hey,ok apa makan aiskrim masa ni ^_^"




 Ini yang kami tempah kat Strawberry Moment tu. Sedap!




 5. Strawberry & Cactus Valley




 Nampak tak apa beza gambar atas dengan yang ini? Heeee..siapa dapat teka, kita ucap tahniah awal-awal!




 6. Tea Boh Farm. Memang tempat ini cantik sangat-sangat. Terpegun melihat kecantikan alam!




 Cantik kan? Eh, jangan tengok manusia tapi tengok pemandangan kat belakang tu =) Gambar ini ambil sebelum naik puncak bukit ladang Tea Boh tu. Tips kat sini, jangan pakai selipar tumit tinggi, wedges atau seangkatan dengannya bila korang nak panjat bukit tu. Kesian kaki korang nanti.




Ini separuh jalan. Tak sampai puncak pun sebab masing-masing dah semput memanjat. Haha




Gambar ini selepas buat lawatan sambil belajar kat kilang pemprosesan Tea Boh. Macam budak-budak sekolah buat lawatan je :)



Ok, cukup untuk lawatan 2 hari 1 malam kami kat Cameron Highlands. Bagi aku, dah cukup kot kalau korang nak datang Cameron Highlands dengan kawan-kawan dalam 2 hari je sebab pusing kiri kanan depan belakang sama je. Korang sempat nak jelajah semua tempat kat Cameron Highlands sambil beli cenderamata sekali. Kalau suami isteri tu lain cerita sikit kot. Erk??O_o.

Lagi satu, senaraikan awal-awal, tempat-tempat yang korang nak pergi dan barang-barang yang korang mahu beli. You can manage your time, wisely and at the time you also can save your money. Kalau korang beli sekali benda yang sama dengan kawan-kawan korang, mungkin akan dapat lebih murah lagi. See, you can save your budget,right?


Ok,itu saje episod Jalan-Jalan Cari Makan di Cameron Highlands. Bye =)

No comments: