Followers Tersayang

Sunday, 1 April 2012

You're My BESTFRIEND FOREVER,BFF!♥



Sometimes it get hards.
Sometimes it may feel like the end.
Sometimes we are tight
 and sometimes we are fight always 
but through all of it,
there is one thing that will never change, we will be FRIENDS FOREVER.
InsyaAllah :D
♥I LOVE YOU,BFF until the last breath.♥




Terima kasih untuk hadiah hari jadi saya-bingkai gambar :)
Thanks a lot,dear!

Tuesday, 13 March 2012

Ceria bersamamu,Cameron Highlands!

Assalamualaikum :)

Hai hai hai =) Heeee,belog ni macam tak wujud je kan. Malas betul nak update entri, kita tak serajin blogger-blogger lain. Wuwuwuwuwu. Boleh tak lepas ni kita nak tampal gambar-gambar je, malas dah nak taip-taip. Kan best kalau perkataan muncul sendiri kat papan skrin laptop bila dengar suara kita. Haiyoo,pemalas betul kan kita. Kita memang pemalas.....:(

Lokasi rombongan: Cameron Highlands
Tarikh rombongan: 3&4 Mac 2012
Ahli-ahli rombongan: 4 orang gadis kos Fizik bersama 1 orang perempuan sesat kos lain (saya)
 -__-"

Nah, kita pergi lagi Cameron Highlands lagi untuk kali kedua yang tak sampai 6 bulan jarak pergi yang kali pertama. Dulu rombongan bersama pensyarah. Kali ni rombongan bersama kawan-kawan plak. Hey,lebih kurang sama macam cerita Vanilla Coklat kan?kan? Sama bila Zara cakap tak sampai 2 bulan dia jejak kaki kat Cameron Highlands, kali ni dia datang lagi. (Rujuk episod 8) ^^"




 1. Eh,yang ini kita tak ingat nama tempat. Rasanya Rose Valley. Maaf, tak boleh jadi pemandu pelancong sebab kita jenis mudah lupa. -__-" Mata sorang-sorang masih bengkak lagi sebab baru bangun tidur.Hehe




 2. Ini kat Cameron Valley Tea kalau tak salah saya lagi. Sorry, my bad.=(




 3. S'Corner Kea Farm




 4. Strawberry Moment. Heee..kat sini kami makan aiskrim di kala kat luar tengah hujan lebat, bersama cuaca sejuk Cameron Highlands. Memang indah. Hey,ok apa makan aiskrim masa ni ^_^"




 Ini yang kami tempah kat Strawberry Moment tu. Sedap!




 5. Strawberry & Cactus Valley




 Nampak tak apa beza gambar atas dengan yang ini? Heeee..siapa dapat teka, kita ucap tahniah awal-awal!




 6. Tea Boh Farm. Memang tempat ini cantik sangat-sangat. Terpegun melihat kecantikan alam!




 Cantik kan? Eh, jangan tengok manusia tapi tengok pemandangan kat belakang tu =) Gambar ini ambil sebelum naik puncak bukit ladang Tea Boh tu. Tips kat sini, jangan pakai selipar tumit tinggi, wedges atau seangkatan dengannya bila korang nak panjat bukit tu. Kesian kaki korang nanti.




Ini separuh jalan. Tak sampai puncak pun sebab masing-masing dah semput memanjat. Haha




Gambar ini selepas buat lawatan sambil belajar kat kilang pemprosesan Tea Boh. Macam budak-budak sekolah buat lawatan je :)



Ok, cukup untuk lawatan 2 hari 1 malam kami kat Cameron Highlands. Bagi aku, dah cukup kot kalau korang nak datang Cameron Highlands dengan kawan-kawan dalam 2 hari je sebab pusing kiri kanan depan belakang sama je. Korang sempat nak jelajah semua tempat kat Cameron Highlands sambil beli cenderamata sekali. Kalau suami isteri tu lain cerita sikit kot. Erk??O_o.

Lagi satu, senaraikan awal-awal, tempat-tempat yang korang nak pergi dan barang-barang yang korang mahu beli. You can manage your time, wisely and at the time you also can save your money. Kalau korang beli sekali benda yang sama dengan kawan-kawan korang, mungkin akan dapat lebih murah lagi. See, you can save your budget,right?


Ok,itu saje episod Jalan-Jalan Cari Makan di Cameron Highlands. Bye =)

Sunday, 15 January 2012

Tahun baru, pengalaman baru :)

Assalamualaikum :)
Boleh tak aku nak ucap Selamat Tahun Baru 2012? Walau hari ni dah masuk minggu ke-3 dah pun. Tak kisah lah kan, ni 1st entri untuk tahun 2012. So, Happy New Year Everyone :)

Tahun baru, pengalaman baru. Mungkin pengalaman ni bagi orang lain bukannya sehebat mana pun tapi bagi diri aku ia tetap bermakna. Apa pengalaman baru tu? Aku memandu kereta untuk kali pertama dekat tempat aku belajar walau aku menapak kat UKM ni dah nak masuk 3 tahun dah! Give a big clap for me! Clap, clap, clap & congaratulation!:D

Ia sebenarnya tak dirancang dan aku mengaku aku memang takde keberanian walau aku dah biasa memandu kereta masa kat kampung. Aku nak ucapkan terima kasih untuk kawan-kawan aku, sebab diorang akhirnya aku dapat memandu kereta. Nak pergi jalan-jalan punya pasal, konon-konon nak hilangkan tekanan final exam. Diorang tak suka sangat naik tren dan kami bertiga tak pernah keluar bersama. Bincang dan bincang, sewa kereta dan akhirnya keluar dari UKM dengan kereta yang aku pandu. ^^"

And you know where we went? We went here. Alamanda, Putrajaya!

Tempat pertama kat Alamanda yang kami pergi ialah tempat makan. Sebab semua dah kebulur tak makan tengah hari campur dengan sesat jalan. Mujurlah ada GPS, kalau tak memang takkan sampai lah kami kat Putrajaya ni. Padahal banyak kali dah pergi sini tapi sebab selalu pergi dengan orang lain dan kita tak pernah nak ingat jalan sebab jadi tukang potpet (bercakap) bukan tukang hafal jalan bila jadi penumpang je. Natijahnya, bila kita yang bawa kereta tu, baru kita paham perasaan bila sesat jalan. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi dan pemikiran yang tak berapa kreatif mungkin untuk cari semula jalan yang betul.;P




 Ok.Ini dekat Garden. Dekorasi dia memang cantik. Kami berjam-jam duk sini bukan sebab ambil masa yang lama untuk makan tapi untuk bergambar je -_-"


 Makanan yang kami pesan. Makanan, nak cakap sedap tak juga. Nak kata tak sedap tak juga. Hehe,tapi air dia memang sedap! (Air takde dalam gambar)


 Jeling-menjeling. Dari mata turun ke hati. Yayy!


 Asalnya makcik ni pemandu asal tapi terbalik plak. Heeee, maaf ye kawan. Lain kali kita bagi peluang kat awak plak yang memandu. Sayang awak :)


 Makcik ni sebagai pemandu arah kami. Gigih cari tempat kat GPS tu. Terima kasih! Dan sayang awak juga :)


 We were here for lunch. Garden, Alamanda.


Ni tutup muka sebab dapat tempat terakhir sekali masa main bowling. Orang lain cakap tak pandai main tapi semua dapat point tingggi, kita yang selalu main dapat tercorot sekali. Tssk :(



MPH Bookstore :)




Masa nak balik Bangi pun boleh sesat juga. Yakin je dengan jalan yang kita lalu tapi tersentap bila jumpa jalan mati kat Putrajaya tu. Dah lah malam, dekat dengan hutan, mujur tak nampak apa-apa yang seram T_T 


p/s: And to both of you, thanks a lot! Gembira sangat-sangat sebab akhirnya kita dapat juga keluar bertiga bersama-sama. InsyaAllah, kalau ada peluang kita bertiga akan keluar lagi tanpa perlu mengupah pemandu lain! Haha :D