Followers Tersayang

Thursday, 21 June 2012

Jalan-jalan cari jodoh di Melaka

Assalamualaikum :)
Hai pada diri sendiri sebab dah tau takkan ada yang akan baca entri ini. = =". Pertama sekali aku nak bagitau, aku tak boleh dah nak sambung entri lepas yang pasal cinta tu sebab buku yang dipinjam tu dah kembali pada tuan dia. Jadi, kesimpulan dari apa yang aku baca, Love is Complicated. HAHA.

Ok, kembali pada tajuk entri. "Jalan-jalan cari jodoh di Melaka". Tajuk memang nak hot je kan padahal entri takde lah sehebat macam tajuk. Entri ini aku buat khas untuk kawan-kawan yang nak buat lawatan, jalan-jalan cari makan, honeymoon atau sebagainya kat Melaka. Yeah! Melaka bebeh!

Tarikh lawatan: 7&8 Mac 2012 (Dah lama dah pergi, baru sekarang rasa nak tulis)
Masa bertolak: Selepas kelas major, Kawalan Kakisan. Jam 12.00 tengah hari.
Ahli-ahli rombongan: Puteri-puteri Kayangan. (Kayangan a.k.a tempat tinggal kami di atas puncak bukit)



Venus Boutique Hotel
2 hari 1 malam: RM75


Dataran Pahlawan


Menara Taming Sari

Pemandangan dari Menara Taming Sari






Kota A Famosa


























Hotel impian untuk bulan madu *berangan


Restoran  Parasmewara, Pernu Umbai.
Jumlah makan= RM70


Muzium Samudera. *Lantai sangat bersih dan berkilat! Terima kasih makcik cleaner yang comel =)





2 hari 1 malam memang tidak cukup untuk pusing 1 Melaka. Banyak tempat-tempat menarik untuk dikujungi. Mahu datang ke sini lagi kalau ada peluang!



p/s: Jangan pergi hari biasa kalau nak shopping kat Jonker Street sebab ia hanya buka pada hujung minggu sahaja. Kami tak dapat shopping kat sana sebab groupon untuk hotel yang kami tinggal tu hanya boleh digunakan pada hari biasa. Lagi satu, jangan lupa beli tiket parking kereta dan letak di bahagian cermin hadapan supaya penguatkuasa boleh nampak dan tidak menyaman anda sekiranya anda ingin parking di kawasan Menara Taming Sari. Kami sudah terkena saman!








Friday, 25 May 2012

Tanda-tanda Si Dia Bukan 'Soulmate' kamu!

Assalamualaikum =)
Eh eh eh, kita baru perasan dashboard blogspot dah berubah. Hukhukhuk, nampak sangat kita dah lama tak menaip dan ambil tahu pasal belog kita :'(

Tadi kita terpinjam buku dengan kawan kita. Tajuknya LOVE WILL FIND YOU by Kathryn Alice. Hamek ko! Jadi, kita nak berkongsi apa yang kita dah baca dari buku tu. Tak habis baca pun lagi sebenarnya.

Ok, kali ni kita nak bercerita pasal SOULMATE. What is soulmate?! Soul is jiwa, mate is pasangan. LOL.
Ok ok, apa yang saya tahu soulmate adalah seorang yang mempunyai hubungan serta merta dengan anda walaupun selama ni tak pernah kenal pun, membuatkan anda sangat mencintai dan menyayangi, dan boleh berkongsi segala cerita sedih gembira dan boleh rasa apa yang anda tengah alami. Kita tak bercerita, tak berkongsi apa yang kita rasa tapi dia dah tahu dan turut merasainya. Itu yang saya faham tentang  konsep soulmate. Teheeee, kalau ada penerangan yang lebih jelas tentang soulmate, boleh berkongsi dengan saya. ^_^

Apa yang saya nak berkongsi di sini, adalah tanda-tanda macam mana nak tahu Si Dia adalah BUKAN soulmate kita. Lepas ni, boleh lah buat check list pada hubungan anda dan Si Dia.

So everyone, check it out!
  • Hubungan tidak lancar. Rasa hubungan seperti kerja (terpaksa) dan kadang-kadang kita rasa tak ada perasaan dengan hubungan itu.
  • Anda dan pasangan anda selalu bergaduh. Bergaduh memang perkara biasa tapi tiap-tiap hari gaduh besar sampai campak periuk kuali pinggan mangkuk tu apa cerita?!
  • Anda rasa tidak serasi dengan pasangan anda pada semua benda. Kita nak hijau, dia nak biru. Kita nak rumah batu, dia nak rumah kayu. LOL
  • Anda tidak dapat menhilangkan perasaan rasa ragu-ragu tentang dia. Selalu tidak percaya apa yang dia buat, apa yang dia beritahu, siapa yang dia jumpa.
  • Anda tidak sama dalam beberapa perkara seperti kematangan, kewangan atau sikap tanggungjawab.
  • Anda selalu rasa bimbang dengan hubungan anda dengan Dia. Sehingga boleh membuatkan kamu rasa tidak gembira.
  • Dia tidak membuatkan anda semakin kuat, sebaliknya makin melemahkan kamu bila kamu mempunyai masalah.
  • Anda tidak mempunyai perasaan untuk bersikap jujur dengan dia. Dia tidak mendengar kata-kata anda dan anda merasakan dia macam orang luar.
  • Dan anda tidak menjadi diri anda yang sebenarnya bila bersama dengan dia.

Amacam, ada tak tanda-tanda kat atas pada hubungan korang? Harap-harap takde lah kan. Kalau ada, fikir semasak-masaknya sebelum membuat apa-apa keputusan. Saya doakan anda dan soulmate anda bahagia sampai mati. :')

p/s: Kalau ada masa dan ada sikap rajin nak menulis, saya akan update blog saya dengan berkongsi ilmu cinta dari buku Love Will Find You yang saya tengah baca ni. Padahal dah tak tahu nak tulis apa, tapi sebab  berhabuk sangat dah belog, update dengan ilmu cinta pun okay lah kan.

Heeeeeeeeee. Good night. :D 

Sunday, 1 April 2012

You're My BESTFRIEND FOREVER,BFF!♥



Sometimes it get hards.
Sometimes it may feel like the end.
Sometimes we are tight
 and sometimes we are fight always 
but through all of it,
there is one thing that will never change, we will be FRIENDS FOREVER.
InsyaAllah :D
♥I LOVE YOU,BFF until the last breath.♥




Terima kasih untuk hadiah hari jadi saya-bingkai gambar :)
Thanks a lot,dear!